Pengenalan
Di dalam mengurus dan menjaga pokok-pokok teduhan secara berkesan, arboris perlu mempunyai maklumat yang tepat dan terkini mengenai pokok-pokok atau kelompok pokok yang hendak diurus. Maklumat-maklumat seperti jenis pokok, bilangan pokok, lokasi dan kedudukan pokok, saiz pokok, status kesihatan semasa pokok serta keperluan penyelenggaraan untuk setiap pokok adalah berguna dan perlu sentiasa dikemaskini. Oleh itu, kerja-kerja inventori dan pemeriksaan pokok di lapangan amat penting bagi memperolehi maklumat-maklumat tersebut.
Maklumat-maklumat yang diperolehi daripada aktiviti inventori berguna di dalam merancang dan membuat sesuatu keputusan berkaitan pokok-pokok landskap. Teknologi dan applikasi komputer seperti GPS dan GIS boleh membantu di dalam menghasilkan satu sistem inventori pokok yang komprehensif.
Misi
Misi Sistem Inventori ini adalah untuk membangunkan satu Sistem Pengurusan Maklumat, Pangkalan Data dan Pengurusan Pokok Teduhan yang mengambilkira aspek arborikultur di dalam pengurusan, penjagaan serta pemantauan kesihatan pokok yang efektif dan berkesan untuk memenuhi aspirasi Kerajaan Negeri Sembilan.
Maklumat-maklumat yang diperolehi daripada aktiviti inventori berguna di dalam merancang dan membuat sesuatu keputusan berkaitan pokok-pokok landskap. Teknologi dan applikasi komputer seperti GPS dan GIS boleh membantu di dalam menghasilkan satu sistem inventori pokok yang komprehensif.
Objektif
Objektif pembangunan Sistem Maklumat ini adalah bertujuan untuk mewujudkan satu sistem pengurusan pokok yang sistematik, cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat-matlamat berikut;
Hubungi Kami
MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSON
KM1, JALAN PANTAI,
71009 PORT DICKSON,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
mppdns@mppd.gov.my
Talian
06-647 1122/647 1335/647 4962/647
3904/646 2781/646 2760